wasssup?

Lilypie Angel and Memorial tickers Daisypath Friendship tickers

Wednesday, October 9, 2013

CHOW KIT ROAD di Istana Budaya

"mak ngah, mak ngah...kami dapat tiket free dari suria.fm...teater Chow Kit Road kat Istana Budaya, jom la kita p tgk!" ujar kakakku..

"hah??? ye ker??? nak..nak..nak...
besh gak tu.. bila nk p? kataku dengan nada yang excited.. ^_^

hehehe...sebenarnya peristiwa nie dh lama da.. saje duk review album2 lama sekali terjumpa pictures kat IB dan automatiknya diri nie terasa masih berada di tarikh 18 Mei 2013.

nk di ceritakan pengalaman inilah pertama kalinya dalam hidup menjejak kaki di IB dan menonton teater, jakun gila rasa...

nak pergi naik kereta xberani nk drive, so nasib la ade pengalaman naik Komuter/LRT, haaaa...yg nie xjakun sbb pernah naik walaupun dah lama xnaik...

setakat naik komuter/LRT tu apa lah sangat, ^_^
jam 6.00 petang kami gerak ke IB,  dari stesen komuter serdang dan naik plak LRT dekat stesen Bandar Tasik Selatan menuju ke stesen Titiwangsa mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan. terkejar kami dalam orang ramai yang mempunyai agenda mereka tersendiri.. macam-macam ragam yang kita boleh nampak dalam komuter/LRT nie.. yang tua, yang muda, yang kecik, yang besar.. macam-macam ada!

sampai kat stesen titiwangsa kene naik teksi plak tuk ke IB, bayar rm10 je nanti orang tu bawakkan.. masa nk cari teksi tu pun kene berhati-hati gak nk pilih orang.. jangan main beduk je kang xpasal-pasal kene tipu, dah la 1st time sampai situ, cari muka pakcik yang alim, yang naif gitu, hehehe...

teater IB start 8.30 malam, maknanya masih ada lagi sejam tuk tunggu.. bosan!

sambil-sambil tunggu tu sempatlah amik gamba banyak2 kat IB nie.. sebagai bukti dah sampai oke!

bukti CHECK IN!
Baru tahu sebenarnya ramai jugak yang minat tengok teater.. bukan mcm aku, harapkan tiket free je baru nk g tgk... hahaha.. sedih!

dah start ramai dah time nie.. tgk jam dah pukul 8

tadaaa... tiket yang kami dapat dari suriafm.. terbaiikkk!


oooo....cmnie rupanya IB yer.. xkecik, xbesar.. haiiihhh..jakun lagi ko nie kiah...

haaa..kalau korang nak tahu kat dalam nie xdibenarkan amik gambar masa pementasan teater di adakan, so lau rasa nk bergambar tu cepat2 amik sebelum teater bermula, penggunaan henfon dalam panggung pun xboleh lau tak nanti ade je lazer yang tuju kat ko lau ko on handfon... xcaye?? haa...try la buat...


1st time aku tgk teater dan ia tidak menghampakan.. sangat best! sangat-sangat best dan tidak menjemukan... dalam cerita ade musikal... prop-prop yang menarik...pergerakan yang cepat tanpa ade kesilapan serta pelakon yang berbakat.. artis tempatan adibah noor, anding af pun berlakon enjoy tgk cite nie.. time kelakar kita ketawa, time sedih kita turut menangis.. kehidupan di jalan chow kit road dengan tribute lagu-lagu arwah sudirman sangat toching!

malam tu selain 1st time tgk teater terjumpa plak Neelofa dan Hans Isaac kt IB masa nak balik... oooo...dating kat sini ek?? ngeeee... comel je lofa dan hans plak tinggi gile tgk dia... sempat gk la bergambar ngn dia.


teater habis pukul 11.00 malam, abang ipar aku dah setia menunggu kat parking IB nk jemput  kami balik. mmg dia dh cakap nak balik dia amik sbb xharap kami naik LRT malam-malam.. faktor keselamatan katanya..heheh....bagus gk.. jimat duit tambang cek!

No comments: