wasssup?

Lilypie Angel and Memorial tickers Daisypath Friendship tickers

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan Terakhir Buat Ayah ='(

minggu nie agak kelam kabut, akibat suka dengan kelahiran baby boy bertukar menjadi duka apabila aku dapat khabar berita mengenai ayahku di johor. ya allah..ujian apakah yang cuba engkau berikan kepadaku ini..berikanlah kekuatan kepada ku ya allah.

agak tergesa-gesa kami dari kL ke johor dengan menaiki kereta. kata doctor ayah mengalami kanser usus. ahad 17.7.2011 satu operation kecil telah dijalankan keatasnya. secebis usus telah diambil untuk dibuat analisa oleh doctor pakar dari kL. operation yang memakan masa 5 jam itu telah menyebabkan ayah tidak dapat makan dan minum seperti kebiasaan. kehadiran kami ke sana dalam keadaan sehelai sepinggang terpaksa pulang ke kl untuk menguruskan permohonan cuti, sedih dihati terasa namun apakan daya aku saat itu. selang beberapa hari pihak hospital telah menelefon aku, beliau menyatakan bahawa keputusan sample usus yang diambil tempoh hari telah diketahui,

aku yang mendapat panggilan tersebut pada waktu pejabat terpaksa memohon untuk bekerja separuh hari memandangkan keselamatan ayah lebih diutamakan, jam 7 malam 20.7.2011 aku meminta bantuan kazen untuk menghantar kami ke stesen bas bandar tasik selatan, berbekalkan kecekalan dihati aku terus menuju kaunter tiket, alhamdulilah...jadual tiket aku ke Larkin adalah pada jam 8 malam.

sementara menunggu kehaidran bas, aku meninjau2 kawasan stesen bas yang baru,
wah...seakan-akan KLIA, sangat cantik..ada kaunter tiket, ada balai ketibaan, ada balai pelepasan dsbnya..

perjalanan ke Larkin mengambil masa selama 4 jam, setibanya di sana kami mengambil teksi untuk ke Hospital dengan membayar tambang sebanyak rm25.

disebabkan ketibaan kami di sana adalah tengah malam, para pengawal yang bertugas tidak membenarkan kami untuk masuk, aduh!! dah la datang dari jauh dengan tergesa-gesa, alih2 xdibenarkan masuk plak..memang sedih..

tapi setelah berbudi bicara dengan pengawal tersebut dan atas arahan staff nurse akhirnya mereka terpaksa akur.

aku berjalan dengan keadaan yang cuak menghampiri wad 6a katil 11, lama aku disitu sambil memerhatikan ayah yang sedang tidur, sebak,sedih,kesian menghantui diri. tidak semena-mena airmata menitis tatkala ayah menyedari kehadiranku.. dalam keadaan terlantar sakit ayah masih mampu untuk melemparkan sabuah senyuman yang dah lama aku tidak lihat. Ayah juga ada mengatakan hajatnya untuk dipindahkan ke Hospital Serdang namun, atas keadaan ayah yang agak kritikal doktor tidak membenarkannya.

21/07/2011 jam 10.00 pagi lawatan dari doktor pakar telah menemui kami, beliau mengatakan bahawa memang terdapat sedikit ketumbuhan seakan-akan kanser di sepanjang usus ayah yang tidak boleh dibuang atas faktor keselamatan dan bekas operation yang dilakukan tempoh hari juga telah tersumbat. doktor menyarankan agar operation kali ke-2 dilakukan memandangkan kuman usus telah merebak ke paru-paru serta buah pinggang...ya allah...ujian apakah yang engkau berikan kepadaku ini, aku memohon kepadamu agar diberikan kekuatan untuk tempuhinya...

Operation pada hari itu telah ditetapkan jam 12.00 tghari, sebelom operation dilakukan doktor telah menerangkan risiko yang akan terjadi, berlinang airmata aku mendengar penerangan tersebut namun aku harus kuat dan hanya berserah kepada Allah s.w.t kerana dia lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui. selama 6 jam aku menanti diluar bilik operatian dengan perasaan yang tidak menentu sehinggalah aku dimaklumkan oleh nurse bahawa ayah telah dipindahkan masuk ke wad semula.

keadaan ayah semakin merisaukan aku, dengan perotnya yang kembung akibat air kumbahan tidak dikeluarkan dengan elok menyebabkan ayah sukar untuk bernafas, perkara ini berlanjutan sehingga jam 1.00 pagi, nurse yang bertugas pada malam tu telah mengambil semua peralatan perubatan yang berkaitan untuk memberi bantuan agar ayah stabil namun gagal. mereka terpaksa memanggil doktor untuk tindakan selanjutnya sehinggalah jam 5.30 pagi. aku dimaklumkan oleh doktor yang ayah sangat2 sukar bernafas dan terpaksa dihantar ke wad icu.

berhari-hari ayah di wad icu dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana bius yang diberikan oleh doktor, makin lama badan ayah makin membengkak. sedih melihat keadaan ayah saat itu, bila ditanya tentang keadaan ayah doktor mengatakan hal yang sama, keadaan ayah hanya 50-50, tekanan darah rendah, pernafasan tidak stabil, aku tidak tahu sampai bila ayah harus macam tu, kata-kata semangat diberikan buat ayah agar ayah dapat terus bertahan dan melawan sakitnya itu.

30/07/2011, 12.30tghari aku dibenarkan melawat ayah, alhamdullah...ayah dah sedar dari tidurnya, aku memanggil ayah dan dia memberi respon. sesekali ayah mengalirkan airmatanya. ayah tak mampu untuk bercakap, hanya mampu untuk menggerakan bibirnya-SAKIT! yer, itulah perkataan yang dapat aku tafsirkan.. berlinang airmata aku sbb xdapat buat apa-apa.. andai kata dalam dunia nie ada istilah untuk menderma usus, akulah owg pertama yg sanggup menderma untuk ayah.. aku nk ayah sihat seperti sedia kala..

31/07/2011 ayah masih lagi sedarkan diri, dan keadaan ayah masih sama, besok 01/08/2011 bersamaan 01 Ramadhan 1432h umat islam akan menyambut bulan ramadhan, tapi ayah masih lagi di wad icu,

04/08/2011, 4 Ramadhan 1432h bersamaan hari khamis, aku telah mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital mengatakan ayah telah kembali ke rahmatullah tepat jam 9.30 pagi... INNALILLAHHIWAINNAILHIRAJIOUM....kali ini aku tidak mampu untuk menahan kesedihan lagi, aku menangisi permergian ayah tapi ibu telah menasihati agar tidak meratapi mereka yang telah pergi, redhakan pemergian ayah..

dengan bantuan kebajikan polis, jenazah ayah telah dibawa ke quarters balai seri alam untuk diziarahi oleh kawan-kawan ayah dan disembahyangkan sebelom aku membawa pulang jenazah ayah ke Serdang untuk dikebumikan, hujan yang turun pada hari itu turut mengiringi pemergian ayah.. perjalanan dari Johor ke Serdang dengan diiringan radiocar polis, van jenazah dan van polis selamat sampai jam 5.45 petang tanpa sebarang masalah. jenazah ayah disembahyangkan sekali lagi di masjid UPM oleh ahli keluarga dan sahabat handai yang telah lama menanti. urusan pengkebumian jenazah ayah selesai jam 7.15 malam.





***ya Allah ya Tuhanku aku bersyukur kepadamu kerana memudahkan perjalanan arwah ayah ku untuk mengadapmu dan memudahkan urusan kami sekeluarga untuk menyempurnakan pengkebumian jenazah arwah ayahku, aku redha dengan pemergian arwah ayahku, Kau tempatkanlah arwah ayahku di kalangan orang-orang yang beriman, aku memohon kepadamu ya Allah Kau ampunilah segala kesalahan dan kesilapan yang telah arwah lakukan, sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui, AMIN YA RABBAL A'LAMIN...***


3 comments:

Cinta Misteri said...

Innalillahiwainnailaihirajiun...
Salam Takziah dari saya sekeluarga. Allah lebih menyayanginya, menjadi idaman ramai muslim untuk pergi mengadap Nya du bulan mulia ini.
Redhakan pemergiannya.

Sholihah said...

takziah n sbr ye dekla..
ALLAH sygkn mereka ...

angah said...

semoga arwah ayah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, amin..