wasssup?

Lilypie Angel and Memorial tickers Daisypath Friendship tickers

Wednesday, July 13, 2011

biznez raya



wah..pejam celik pejam celik tinggal lagi 17 hari RAMADHAN nak menjelma...persiapan nk puasa dah ready belom? puasa tahun lepas yang tertinggal dah ganti belom? hahah...semestinya udah la kan, tepuk dada tanya iman.....



sudah menjadi kebiasaan bila tiba dekat nk puasa orang semua akan berpusu-pusu menerjah gedung-gedung pakaian terkemuka di bandar-bandar untuk mencari kain ela dibuat baju raya, maklum sajalah...tailor2 handal yang bertaraf antarabangsa selalunya tidak akan ambil tempahan lagi sekiranya kita lewat hantar. oleh itu, aku pun salah seorang yg turut terjebak dalam situasi begini.. masuk je awal bulan 5 aritu aku dah hantar beberapa pasang baju. nanti start je ramadhan aku dah bole pegi amik.. siap duit jer....aduh, duit lagi!


itu cerita 2 bulan sebelum.. macamana pula dengan 2 minggu sebelom?


ha...kalau u ols nk tahu, 2 minggu sebelum selalunya pejabat2 kerajaan akan diserbu dengan salesgurl yang manis mengayat bak gula melaka, gula melaka manis ke? untuk membeli kuih raya. aku juga tidak ketinggalan untuk merebut peluang keemasan ini, masa raya la kita nk buat side income, ye tak.. harap-harap lepas la duit minyak n tol nk balik kampung nanti


biznez kecil-kecilan aku nie sebenarnya dah masuk tahun ke-3, so faktor malu untuk menjual agak kurang berbanding dengan mula-mula masuk pasaran.. macam biznez import export plak. kuih-kuih raya yg aku jual nie pon dah ade customer tetap tersendiri.. contohnya kuih tart nenas yg aku jual, memang setiap tahun aku dah tahun siapa yg banyak order...terima kasih kepada customer tetap saya itu


** mana nak dapat sagu kalau x dipecahkan ruyungnya...




No comments: