wasssup?

Lilypie Angel and Memorial tickers Daisypath Friendship tickers

Saturday, November 13, 2010

5 perkara GUMBIRA yang berlaku dalam bulan NOVEMBER

1 Nov 2010 :- viva 4ever
setelah bertahun aku berangan nk beli kereta sendiri akhirnya mak aku bersetuju nk kuakan kereta tuk aku, tanpa berlengah dan dengan perasaan GUMBIRAnya aku terus menyiapkan diri dan berdandan lawa2 dengan harapan dapat mengoda brader salesman untuk memberi diskaun harga yg murah ketika pergi ke show room perodua nanti. belom sempat aku menolak pintu show room aku telah diserbu oleh brader tersebut, seakan2 peminat nk mintak autograf plak aku rasa..wahh gitu!! belek punya belek broucher tersebut, soalan demi soalan aku tanya akhirnya aku mintak diri untuk pulang tanpa sempat untuk minum petang bersama, agak keciwa gak la brader tu, tapi apakan daya sbb byk kawasan lagi yang perlu aku lawati sebelum aku buat keputusan. setelah byk tempat aku lawati dan dah ramai brader2 yang aku jumpa tuk urusan jual beli, akhirnya aku buat keputusan tuk berurus niaga dengan brader kuncop! cara briefing yang dilakukan dengan menjegil matanya yg seperti bomoh degawan dalam cerita susuk membuatkan aku bersetuju untuk menyerahkan semua dokumen yang diperlukan oleh beliau. kini aku maseh menunggu kelulusan pihak bank untuk proses selanjutnya.


6 Nov 2010 :- my dada

hari nie adalah hari persandingan membe aku yg bekerja di TNC,AA UPNM, kiranya aku adalah orang2 yang mendapat jemputan darinya, bukan senang beb nk dapat makan free cmni, huhu... majlis nie buat kat Tangkak Johor. tanpa berlengah aku pun mula la membuat perancangan nk pergi ke sana beramai-ramai sehari sebelum majlis tersebut berlangsung.. memandangkan ayah aku menetap di sana, sepantas kilat aku mencapai telefon ku yg xberapa mahal tu lalu mendail no 012-xxx18xx untuk ajak berjumpa. dh 2 tahun aku xberjumpa ayah aku, memandangkan ada peluang nie aku tidak melepaskanya la...korang musti pelik kenapa dah lama aku xjumpa kan? hurmm...sbbnya...biarlah aku ja yg tahu, lalalala...

hajat aku tercapai, walaupun kami bjumpa x lama, tapi aku syukur dan sgt GUMBIRA, atlis terubat cket kerinduan nie..huhu...

9 Nov 2010 :- temuduga.
balik dari sarapan pagi bersama budak opis dan pegawai aku dapat call dari Jabatan Pendaftar mengatakan aku di panggil untuk hadiri temuduga pada hari jumaat. alhamdulilah...hati aku sangat GUMBIRA. walaupon aku tahu aku bukanlah yang terbaik tapi aku cuba untuk buat yang lebih baik (tetiba teringat lagu elyana// ku tahu ku bukan terbaik, namun ku rasa kita molek, lalala//) namun harapan aku untuk temuduga nie tidaklah tinggi seakan gunung everest sbb jawatan kekosongan yang ada hanya la 1 sedangkan yg menghadiri temuduga tersebut seramai 16 orang, tapi lau rezeki menyebelahi aku dah tentu la aku suka..lalalala...

10 Nov 2010 :- arie masuk taska.
memandangkan umur arie pon dh masuk 3 tahun so akak aku berhajat nk masukkan anak dia ke taska, hari tu dah pergi tanya kat taska UPM, dorang cakap belom buka tuk register lagi.. sbb maseh penuh, so..agak down gk la akak aku disitu...tapi sekarang pendaftaran telah dibuka dan pihak taska hubungi akak aku agar membuat pendaftaran anaknya dalam minggu nie.. GUMBIRA gk la aku bila dia maklumkan berita nie kat aku, alhamdulillah..
kalau xde aral melintang bulan 12 arie akan bersekolah, hehehe...cmne la anak buah aku nnt yer.. maunye 1st day menangis, meraung hentak-hentak kaki xnak ke skola, hahah...

11 Nov 2010 :- kuaters UPM
pagi tadi mak aku call mengatakan permohonan untuk mendiami kuaters upm telah diluluskan, yahooo!!! GUMBIRAnya aku, lalalala...lepas nie xpayah nk bayar sewa uma lagi.. kami akan berpindah masuk kuaters pada bulan 12 nie, hadoii...malasnya aku nk packing barang tuk berpindah, tiDAKK!!!!!! harap-harap masa nie nanti aku xkena tuk outstation la.. lau x sian mak aku xde orang nk tolong, tp best gak lau aku xdapat tlg dia, hihihi..jahatnya aku!!!!

1 comment:

Mr Cool said...

aku pun tak sabar nak tunggu viva por eber!